PENGENALAN

Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan mula dikenali sebagai Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan dan Pengkomersialan pada Januari 2019, mengambil alih fungsi dan peranan Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Premis Sewaan (JSPS). JSPS diketuai oleh Naib Canselor dan berperanan dalam pengurusan premis sewaan universiti. Keputusan ini diambil untuk memastikan koordinasi yang lebih baik dalam hal-hal berkaitan dengan sewaan premis serta untuk meningkatkan pendapatan universiti melalui aktiviti berkaitan sewaan.

Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan dan Pengkomersialan kemudian melalui penstrukturan semula dengan penggabungan fungsi Pusat Pendidikan Berterusan yang telah ditubuhkan pada tahun 2016. Pusat ini dijenamakan semula sebagai Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan, dan Jaringan Industri (P4P) yang diterajui oleh seorang Pengarah dan 2 orang Timbalan Pengarah, dibantu oleh 3 orang Penolong Pendaftar serta 9 orang staf sokongan.

Pada 1 Jun 2023, Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan, dan Jaringan Industri (P4P) dijenamakan semula sebagai Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P) yang kini mempunyai dua seksyen utama yang melibatkan fungsi Pemindahan Ilmu dan Projek Khas serta Seksyen Pendidikan Berterusan. Penjenamaan telah menetapkan semula peranan pentingnya dalam menguruskan pemindahan ilmu dan pendidikan berterusan di UniSZA. Antara bentuk penawaran di P2P adalah program pesisir dan francais. Selain itu, P2P turut menawarkan Sijil Profesional, kursus jangka pendek dan sebagainya yang merangkumi PSH formal, bukan formal dan tidak formal.

Pusat Pemindahan Ilmu &
Pendidikan Berterusan
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu
Malaysia
 
   09-668 7812
  p2p@unisza.edu.my

UniSZA@Putrajaya
K-4-01, Conezion Commercial
Persiaran IRC 3, IOI Resort City
62502 Putrajaya, Selangor
Malaysia
 
   03-8690 1085
  p2p@unisza.edu.my

 

icons8 facebook 20     Facebook

icons8 instagram 20     Instagram

icons8 tiktok 20     TikTok