MAHA 2022 x Agrobank

299108153 5098681300261494 3901813219922074277 n

Agrobank yang merupakan rakan strategik bagi MAHA2022 telah menjemput sepuluh orang peserta Program Inkubasi Usahawan Melon Hibrid UniSZA - Agrobank yang terdiri daripada pelajar dan alumni UniSZA ke MAHA2022.
 
Pihak Agrobank juga telah menyediakan platfom perniagaan berupa booth jualan di ruang legar Agro Youth sebagai Agropreneur of the Day untuk peserta program memasarkan dan mempromosikan Melon Manis Terengganu yang diusahakan di Ladang Taman Agropreneur UniSZA Kampus Besut.
 
Pada hari yang sama, Ketua Projek iaitu Prof. Madya Dr Fakhrul Anwar Zainol merangkap Pengarah Pusat Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri (P4P) serta dua orang peserta program iaitu saudari Norzilawati Pauzi dan Mazaitul Akma Suhaimi telah dijemput untuk memberi perkongsian berkenaan pengalaman dan potensi penanaman Melon Manis Terengganu serta memberikan pendedahan mengenai program-program inkubator pertanian yang dijalankan di UniSZA kepada pengunjung MAHA2022 dalam segmen Sembang Kopi O di pentas utama Dewan C.
 
Agrobank melalui Agrobank Centre of Excellance (ACE) telah menjalin kerjasama dengan UniSZA melalui Pusat Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri (P4P) telah menganjurkan Program Inkubasi Usahawan Melon Hibrid bagi melahirkan usahawantani atau agropreneur dalam kalangan graduan dan alumni UniSZA. Program yang berlangsung selama enam (6) bulan ini telah bermula pada 12 Mei 2022 melibatkan sepuluh orang pelajar dan alumni UniSZA dan diusahakan di Ladang Taman Agropreneur UniSZA Kampus Besut.
 
Sekalung penghargaan dan terima kasih jua kepada pihak Agrobank atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam usahasama melahirkan agropreneur melon hibrid di kalangan graduan UniSZA.