Taklimat Pelajar Baharu Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah Sesi Akademik 2022/2023

photo 2022 11 08 10 23 53

Taklimat Pelajar Baharu Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (DPP) Sesi Akademik 2022/2023 telah Berjaya diadakan pada 21 Oktober 2022 di UniSZA Kampus Gong Badak dan pada 23 Oktober 2022 di UniSZA Putrajaya.

Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi penerangan berkenaan dengan program akademik, kewangan, kebajikan dan kemudahan-kemudahan yang universiti sediakan untuk mereka. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Ab. Aziz bin Sulaiman selaku penyelaras Program DPP/ISMPPI, Cik Mazliyana binti Malek selaku Pegawai Kewangan, Encik Mohd Faizal bin Omar selaku Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Aina Kartini binti Mohamad Salleh selaku Pustakawan dan Puan Nurul Bazilah binti Wahab selaku Pegawai Penolong Pendaftar.

Taklimat ini dihadiri oleh 212 orang pelajar DPP UniSZA Kampus Gong Badak dan 42 orang pelajar DPP Putrajaya. Sesi taklimat tamat pada jam 12.00 tengahari dan diakhiri dengan makan tengahari.