PENGENALAN
Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan mula dikenali sebagai Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan dan
Pengkomersialan pada Januari 2019, mengambil alih fungsi dan peranan
Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Premis Sewaan (JSPS). JSPS diketuai oleh
Naib Canselor dan berperanan dalam pengurusan premis sewaan universiti. Keputusan
ini diambil untuk memastikan koordinasi yang lebih baik dalam hal-hal berkaitan
dengan sewaan premis serta untuk meningkatkan pendapatan universiti melalui
aktiviti berkaitan sewaan.
Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan dan Pengkomersialan kemudian melalui penstrukturan semula dengan penggabungan
fungsi Pusat Pendidikan Berterusan yang telah ditubuhkan pada tahun 2016. Pusat
ini dijenamakan semula sebagai Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan,
dan Jaringan Industri (P4P) yang diterajui oleh seorang Pengarah dan 2 orang
Timbalan Pengarah, dibantu oleh 3 orang Penolong Pendaftar serta 9 orang staf
sokongan.
Pada 1 Jun 2023,
Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan, dan Jaringan Industri (P4P)
dijenamakan semula sebagai Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P)
yang kini mempunyai dua seksyen utama yang melibatkan fungsi Pemindahan Ilmu
dan Projek Khas serta Seksyen Pendidikan Berterusan. Penjenamaan telah
menetapkan semula peranan pentingnya dalam menguruskan pemindahan ilmu dan
pendidikan berterusan di UniSZA. Antara bentuk penawaran di P2P adalah program
pesisir dan francais. Selain itu, P2P turut menawarkan Sijil Profesional,
kursus jangka pendek dan sebagainya yang merangkumi PSH formal, bukan formal
dan tidak formal.